Wednesday, December 30, 2009

2009 berakhir

Hari ini ada dua hari lagi tahun 2009,bermakna esok satu hari lagi dan lusa masuklah tahun 2010.Ini bermakna umur ku bertambah satu tahun lagi.makin bertambah tahun bermakna kita makin tua, bukan makin muda,makin dekat dengan kematian dan makin jauh dengan hari kemarin.
Cuba renung sejenak, makin bertambah ke amal kita, atau ditahap itu atau macamana!
Yang pasti: satu hari kita akan pegi meninggalkan alam ini.Tidak mustahil, cuma antara cepat dengan lambat. Maut pun tidak menunggu kita, tak tunggu kita cukup amal baru dia ambik kita, tapi bila dah sampai ajal kita.
Oleh itu: aku menyeru kepada diriku sendiri, anak-anakku, sedara maraku, shbt2 ku dan umat islam seluruhnya, jangan berlengah dalam melaksanakan perintah Allah.Buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang, kalau tersalah balikla ke pangkal jalan, jangan terus menerus meredah dosa yang tak kehabisan.Kalau tak mampu melaksanakannya maka banyak berdoa kepada Allah, doa sungguh-sungguh, bukan main-main, moga kita berjaya dunia akhirat.Semoga 2009 kita tinggalkan dengan amalan kebajikan dan begitu juga bila kita tinggalkan dunia ini, kita tinggalkan amal kebajikan.mudah-mudahan, aaamiiiiin.

Tuesday, December 1, 2009

hati


hati manusia berbagai-bagai ragam.Untuk menjadi manusiabaik, hati perlu Bersih.untuk jadi bersih bukan senanggggg,perlu banyak........sambung lain kali.

Monday, November 30, 2009

anakku, aku bersyukur kepada Allah kerana melahirkan kalian semua.memang suka kerana dapat anak yang ramai, tapi bukan senang rupanya untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman dan soleh solehah.
aku tahu itu semua,aku tahu bahawa untuk didik anak jadi baik aku kena baik dulu.sebab tu la aku dari kecik dulu suka sangat gi dgr orang ceramah atau kuliah agama manamana tempat.
Aku berusaha menjadi orang yang baik, supaya kalian semua menjadi orang yang baik.Aku berusaha untuk tidak mengabaikan solat,suapaya anak juga tidak meninggalkan solat.